Thursday, October 10, 2013

Berhijrahlah sayangku

Assalamualaikum

kerana aku sayang, aku tegur
kerana aku sayang, aku nasihat
kerana aku sayang, aku mengingati

apa guna jadi manusia
apa guna jadi kawan
jika tidak memberikan peringatan
jika tidak memberikan nasihat
jika tidak memberikan teguran

kerana aku tidak mahu
engkau hidup 
terumbang ambing
dalam kesesatan
dalam kegelapan
dalam kejahilan

ayuh
kembalilah kepada Islam
kembalilah kepada jalan yg diredhai

buka mata hatimu
buka seluasnya
rahmat dan pengampunan Allah masih terbuka
mohonlah padaNya
taubatlah

-------------------------------------------------------------------------------------------

buat semua yang masih tidak mahu menurut perintah Allah, saya nasihat agar turutilah..
kita x tahu bila kita akan kembali kepada Allah
apakah kita mahu keadaan yang buruk?
sudah tentu tidak kan?
jangan berlengah lagi sahabat sekalian
taubat kita masih diterima Allah
ayuh sebelum kita dipanggilNya

DINNO FAMILY


mak dan ayah aku


 aku dan suami bersama mak dan ayah aku
kami kongsi tarikh perkahwinan yg sama
aku tiru mereka haha



kakak aku dan suami
bersama anak2 mereka
comel kan?



adik lelaki aku
hensem x?

kami yang perempuan
dua tengah dah kahwin
dua hujung masih solo

AURAT WANITA FROM AL-QURAN DAN HADIS

1. Bulu kening
-Menurut Bukhari, “Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening.” Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki)
-”Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.” (An-Nur: 31)
Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.

3. Wangian
-”Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina.” (Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban).

4. Dada
-”Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. ” (An-Nur : 31)

5. Gigi
-’Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya.’ (Riwayat At-Thabrani)
-”Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang mengubah ciptaan Allah”(Riwayat Bukhari dan Muslim).

6. Muka dan Tangan
-Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: ‘Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja.” (Riwayat Muslim dan Bukhari).

7. Tangan
-”Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya”(Riwayat At Tabrani dan Baihaqi).

8. Mata
-”Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pandangannya.” (An Nur : 31).
-Sabda Nabi SAW, “Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi).

9. Mulut (suara)
-”Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik.”( Al Ahzab: 32).
-Sabda Rasulullah saw, “Sesungguhnya akan ada umatku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi.” (Riwayat Ibn Majah).

10. Kemaluan
-”Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. “(An Nur : 31).
-”Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya.” (Riwayat Al Bazzar).
-”Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah.” (Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah).

11. Pakaian
-”Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah).
-”Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim). Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.
-”Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Al Ahzab : 59).

12. Rambut
-”Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Haji 2013

Assalamualaikum

alhamdulillah, mak dan ayah telah terima panggilan haji untuk tahun ini 2013..
mereka dapat KT01 lagi hikhik.. so berlepas pada 7/9/2013 jam 1:30 am..
kitorang hantar mereka di Tabung Haji Kelana Jaya..
pergi 6/9 jam 430 petang.. pegh memang dah penuh orang sebab sekali ngan KT02, 03, 04.. 





memang saat ini, airmata x henti2 keluar.. sedih sangat.. maklumlah x pernah berpisah katakan.. pastu kat luar malaysia plak,, memang nangis amat2 sangat,, cik suami pon x reti dah nak pujuk haha..
waktu balik, radio ikim main plak lagu n sajak pasal mak ayah.. memang meleleh lagi ar.. cik suami gelak aje huhu..

semoga Allah berikan mereka kesihatan yang berpanjangan agar mereka bisa sempurnakan ibadah haji

My Haflatuz Zawaj (my wedding day)

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, syukur kepada Allah.. 
dengan izin-Nya, kami telah diijabkbulkan oleh bapa saya pada 31/08/2013.. 



kini, saya telah sah menjadi seorang isteri.. sedih jugak sebab x lagi bergantung pada ayah dan mak.. tapi, apepon saya tetap anak mereka dunia dan akhirat..

ramai yang tertanya mengenai perkahwinan kami.. ianya adalah rancangan daripada Allah buat kami berdua..
hakikatnya, kami tidak mengenali antara satu sama lain.. kami dipertemukan melalui orang tengah yang aku kenali hanya di facebook pada penghujung bulan 3.. 
kami tidak pernah bertentang mata hinggalah hari kami ditunangkan iaitu 15/6/2013.. 
syukur, semua jalan dengan lancar..

kami percaya kepada konsep CINTA SELEPAS NIKAH.. alhamdulillah :)

Very Important Dates to Remember

assalamualaikum.. 

these are my important dates to remember 

 31-08-1985 : my parent anniversary 
20 - 01-1957 : my father's birthday 
28-08-1960 : my mother's birthday 
19-06-1986 : cik birthday 
13-08-1987 : my birhtday 
11-11-1988 : yang birhtday 
24-09-1990 : nabilah's birhtday
 31-12-1991 : azri's birhtday 
05-05-1995 : azfar's birthday

 the newcomers birthday 
17-07-1986 : my brother in law
 01-03-1984 : my husband 
06-03-2011 : najwa's birthday 
07-11-2012 : lukeman's birthday

me and myself

assalamualaikum hye all.. 

thanks for viewing my blog..
 first of all,  i want to introduce myself my name is ADHWA' NADIRAH JAMALUDIN. 
u can call me ADHWA' or NADIRAH.. 
but please, do not call me JAMALUDIN because that is my father's name.. hehe.. joking :)
 i was born on 13 of august 1987. now, im 26. oh, im old. 

 here is the cronology of my education : 
1995 - 1999 : Sekolah Rendah Islam Qurratul Ain, sek 2, shah Alam 
2000 - 2004 : Maahad Hafiz Muslimat Jeram 
2005 - 2007 : Matriculation of IIUM 
2007 - 2010 : International Islamic University Malaysia (IIUM) Gombak ((Bachelor))
 2011 : worked as a teacher at Tahfiz Arrahimiyyah, Jengka, Pahang 
2012 - now : further study at International Islamic University Malaysia (IIUM) Gombak ((Master))

 i have one elder sister ADHWA' NADIAH.. 
i have 2 younger sisters ADHWA' NAZIHAH and ADHWA' NABILAH..
 i have 2 younger brothers AFNAN AHMAD AZRI and AFNAN AHMAD AZFAR.. 
i have one brother in law who is married my sister RIDWAN..
 i have one niece ADNIN NAJWA..
 i have one nephew AASIM LUKEMAN..

now, i am officially married on 31st of august.. 
my husband name is MUHAMAD NAJIB BIN ABDUL HAMID thats all for now.. see ya