Wednesday, December 24, 2014

:: Kesilapan Berleluasa Pada Penggunaan Kalimah "Mabruk" ::


Antara kesilapan berleluasa dari segi bahasa (أخطاءلغوية شائعة) oleh para pengguna Bahasa Arab ketika mahu menyampaikan ucapan tahniah ialah, mereka selalu mengucapkan "mabruk" (مبروك), sedangkan penggunaan kalimah tersebut adalah salah maksudnya dari segi makna Bahasa Arab, penggunaan yang tepat ialah hendaklah diucapkan: "mubarak 'alaikum" (مبارك عليكم), atau "mubarak 'alaik" (مبارك عليك).

Ini kerana, "mabruk" (مبروك) adalah diambil daripada kalimah asal "baraka" (برك) yang bermaksud (ثبت وأقام)iaitu (duduk tetap, atau berdiri/bangun).

Oleh itu, penggunaan ungkapan "mabruk" kepada seseorang adalah bermaksud engkau telah "terduduk" atau dalam bahasa kasar juga boleh bermaksud "padan muka engkau", manakala penggunaan yang tepat pula iaitu "mubarak 'alaik" bermaksud "semoga keberkatan sentiasa memayungimu".

Asal perkataan "mabruk" (مبروك) iaitu "baraka" (برك)menurut Mu'jam Al-Wasit:

Oleh itu, bagi menggantikan penggunaan kalimah "mabruk" sebagai ucapan tahniah, berikut diberikan beberapa kalimah sepadan yang sesuai untuk diucapkan:

"Mubarak 'alaik / Mubarak 'alaikum" (مبارك عليك / مباركعليكم)
- (Semoga) keberkatan sentiasa (memayungi/menaungi) ke atasmu.

"Baarakallahu fiik / Baarakallahu fiikum" (بارك الله فيك /بارك الله فيكم)
- (Semoga) Allah memberkatimu.

"Allah yubarik fik / Allah yubarik fiikum" (الله يبارك فيك /الله يبارك فيكم)
- Semoga Allah sentiasa memberkatimu

Selain itu, kalimah "baaraka" juga boleh digunakan dalam bentuk2 berikut:
بارك في / بارك على / بارك لِـ
sepertimana dalam doa Nabi SAW ke atas pengantin yang baru bernikah:
"Baarakallahu lakuma" (بارك الله لكما) yang bermaksud:
- (Semoga) Allah memberkati kalian berdua.
(Copy n paste)