Wednesday, October 7, 2015

16 september 2015

Alhamdulillah.
Selamat melahirkan seorang mujahid -insyaAllah- pada 16 september 2015, jam 644pg, dgn berat 3.2kg..

Terima kasih Allah kerana mendgr doaku agar dipermudahkan urusan dan kurangkan kesakitan hingga aku tidak merasai sebarang kesakitan ketika melahirkan mujahidku

Allah maha adil
Apa yang aku nak, Dia bg tanpa ragu2.
Malunya aku dgn Dia
Tak tahu nak sorok muka kat mana
Sbb memang x blh nak sorok

Aku dan suami bersepakat menamakan mujahid kami AREEQ MUHAMMAD yg membawa makna 'keturunan yg mulia dan terpuji' dgn harapan dan doa agar mujahid ini menjadi seperti yg diharapkan

Terima kasih emak dan ayah
terima kasih suami

Now, we (husband and i) are officially being mummy and daddy

Saturday, January 24, 2015

Jika kita mahu diri dihormati,
Belajar dahulu menghormati diri dan orang lain

Jika kita mahu diri dijaga maruah,
Belajar dahulu menjaga maruah diri dan org lain

Jika kita mahu diri tidak diaibkan
Belajar dahulu menyembunyikan aib kita dan org lain

Jika kita mahu dilayani dgn baik, belajar dahulu melayan diri dan org lain dgn cara baik

Jika kita tidak mahu diri disakiti, belajar dahulu untuk tidak menyakiti diri dan org lain

Jika kita mahu agama islam disanjung tinggi,
Belajar dahulu untuk mempraktikkan segala apa yg diperintahkan
Menjauhi segala apa yg dilarang

Nukilan,
Adhwanadirah87