Saturday, December 27, 2014

:: Usah bermimpi diri terlalu baik ::

apakah kita rasa kita baik?
apakah kita rasa kita alim?
apakah kita rasa kita jauh dari dosa 
dan tidak pernah buat silap?

Kita salah!! Kita salah!!
Cuba check balik diri kita
Muhasabah diri balik.

Ingat!!
Kita ni hanya manusia.
Tidak pernah dan tak akan sempurna.
Oleh itu, usahlah menganggap 
kita lah yang paling mulia dan akan masuk syurga
sedangkan mereka yg berbuat dosa itu hina dan akan masuk neraka..

Kita tidak punya kuasa
untuk menetapkan hukum
Untuk mengatakan sebegitu
Sdangkan kita tidak tahu
Boleh jadi mereka itu lbh baik dr kita
Apakah pengakhiran kita dan mereka

Ingat, selagi hayat dikandung bdn
Selagi kita masih bernyawa
Menjadi hamba Allah
Cube sebaik mungkin
Yg soleh Yg mukmin
Pada setiap larangan
Yg taat dan patuh
Pada setiap ajaran

Nukilan,
Adhwanadirah87

Wednesday, December 24, 2014

:: Kesilapan Berleluasa Pada Penggunaan Kalimah "Mabruk" ::


Antara kesilapan berleluasa dari segi bahasa (أخطاءلغوية شائعة) oleh para pengguna Bahasa Arab ketika mahu menyampaikan ucapan tahniah ialah, mereka selalu mengucapkan "mabruk" (مبروك), sedangkan penggunaan kalimah tersebut adalah salah maksudnya dari segi makna Bahasa Arab, penggunaan yang tepat ialah hendaklah diucapkan: "mubarak 'alaikum" (مبارك عليكم), atau "mubarak 'alaik" (مبارك عليك).

Ini kerana, "mabruk" (مبروك) adalah diambil daripada kalimah asal "baraka" (برك) yang bermaksud (ثبت وأقام)iaitu (duduk tetap, atau berdiri/bangun).

Oleh itu, penggunaan ungkapan "mabruk" kepada seseorang adalah bermaksud engkau telah "terduduk" atau dalam bahasa kasar juga boleh bermaksud "padan muka engkau", manakala penggunaan yang tepat pula iaitu "mubarak 'alaik" bermaksud "semoga keberkatan sentiasa memayungimu".

Asal perkataan "mabruk" (مبروك) iaitu "baraka" (برك)menurut Mu'jam Al-Wasit:

Oleh itu, bagi menggantikan penggunaan kalimah "mabruk" sebagai ucapan tahniah, berikut diberikan beberapa kalimah sepadan yang sesuai untuk diucapkan:

"Mubarak 'alaik / Mubarak 'alaikum" (مبارك عليك / مباركعليكم)
- (Semoga) keberkatan sentiasa (memayungi/menaungi) ke atasmu.

"Baarakallahu fiik / Baarakallahu fiikum" (بارك الله فيك /بارك الله فيكم)
- (Semoga) Allah memberkatimu.

"Allah yubarik fik / Allah yubarik fiikum" (الله يبارك فيك /الله يبارك فيكم)
- Semoga Allah sentiasa memberkatimu

Selain itu, kalimah "baaraka" juga boleh digunakan dalam bentuk2 berikut:
بارك في / بارك على / بارك لِـ
sepertimana dalam doa Nabi SAW ke atas pengantin yang baru bernikah:
"Baarakallahu lakuma" (بارك الله لكما) yang bermaksud:
- (Semoga) Allah memberkati kalian berdua.
(Copy n paste)

Tuesday, December 23, 2014

:: First Gathering We Are Selangorian ::


alhamdulillah.. gathering pertama yang dirancang sejak bulan oktober telah berjalan dengan lancar.. segalanya kerana Yang Esa..

terima kasih kepada mereka yang datang, yang memeriahkan lagi perjumpaan ini

PERJUMPAAN PERTAMA
tarikh : 20 - 12 - 2014
masa : 9 pagi - 3 petang
tempat : seksyen 24, shah alam
tema : potluck
pakaian : santai tapi sopan
aktiviti : suai kenal - sembang santai
         : makan
         : sesi potong kek hari lahir
         : solat zohor
         : sesi bergambar
         : sesi bertukar hadiah

# ahli diminta untuk
  * membawa juadah masing masing
  * membawa hadia untuk ditukar
  * tidak mengenakan pakaian serba hitam bagi mengelakkan pandangan negatif jiran

senarai ahli yang turut serta
- adhwa (admin)
- naz (admin)
- auni (admin)
- rahimah
- kak alin
- anasuha dan kawan azrin
- fazz
- anis
- ziqah
- mel dan kawan
- farisha dan kawan
- yasmin 
- fieza
- farhana amirah
- nadhirah
- fidah
- nur
- azira
- axeera